PAKEJ INTERNET PERPADUAN KURANGKAN BEBANAN RAKYAT

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menterjemah Malaysia MADANI dengan merangka pelan strategik membangunkan ekonomi digital sekaligus mencipta dekad keemasan digital (golden digital decade) negara.

3 teras utama pelan strategik – Prasarana Komunikasi, Keselamatan Siber, dan Ekonomi Digital, disokong dengan Reformasi Penyiaran & Penerangan serta Reformasi Industri Kreatif.

Perkara asas dalam ekonomi digital ialah internet; mesti laju, murah & stabil.

Menambah baik capaian Internet serampang dua mata; boleh mencipta lonjakan yang akan memaksimumkan potensi ekonomi digital negara, dan merapatkan jurang sosioekonomi penduduk di bandar dan luar bandar.

KKD memulakan langkah dengan memperkenalkan Pakej Internet Perpaduan yang menurunkan harga prabayar Internet mudah alih dan jalur lebar tetap.

Pada 21 Disember 2022, KKD telah melancarkan Pakej Data Perpaduan untuk menurunkan harga prabayar Internet mudah alih.

Pada harga hanya RM5 sebulan, Pakej Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ditawar kepada belia sehingga 30 tahun, B40, OKU, warga emas dan veteran pasukan beruniform.

Pada 2 Februari 2023, KKD mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap untuk menurunkan harga jalur lebar tetap (WiFi Fibre).

Pakej ini menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had (unlimited data) dengan harga hanya RM69.00 sebulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here