Elak bayar hutang rakan, penganggur buat laporan palsu

­Padawan: Kerana mengelak membayar hutang rakan, seorang penganggur nekad membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun. Namun, lelaki berusia 20 tahun dari Kampung Sagah, Jalan Matang itu didapati menipu apabila soal siasat dia membuat laporan palsu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek tampil ke Balai Polis Batu Kawa kira-kira jam 11.07 pagi tadi dan panggilan dia disamun pada kira-kira jam 11.30 malam Isnin lalu oleh sekumpulan tiga lelaki.

Katanya, suspek memberitahu merayu sandangnya dilarikan penjenayah terbabit, yang mengandungi kad pengenalan, wang tunai sebanyak RM285 dan juga telefon bimbit milik rakannya.

Susulan laporan yang dibuat oleh suspek, pada kira-kira jam 1 petang, soal siasat terhadapnya telah dilakukan dengan diketuai oleh Inspektor Nyaum bersama-sama anggota D9 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan.

Daripada soal siasat itu mendapati laporan yang dibuat oleh suspek adalah palsu dan hanya direka bagi mengelakkan membayar hutang rakannya, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, Abang Zainal berkata pada Februari lalu, suspek berhutang dengan kawannya sebanyak RM450 dan berjanji akan membayar sebanyak RM250 pada awal Mac dan RM200 pada pertengahan Mac.

Bagaimanapun, katanya pada awal Mac, suspek hanya boleh membayar sebanyak RM165 dan apabila mula ditagih oleh rakannya itu, suspek mula membuat banyak helah bagi mengelak daripada melunaskan hutangnya.

Disebabkan itu, katanya suspek tampil ke balai polis membuat laporan menyatakan dirinya disamun dengan harapan rakannya akan mempercayai laporan yang dibuat dan akan memberi peluang serta masa yang lebih lama untuk membayar hutang.

Suspek juga takut rakannya itu akan memberitahu ibu bapanya dan mengambil apa-apa barang berharga milik keluarganya bagi melangsaikan hutangnya itu,katanya. Justeru, Abang Zainal berkata suspek ditahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. -HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here