Rumah DUN Perak Ngeh Koo Ham dilontar molotov cocktail

Kuala Lumpur, Jan 10.
Kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung diserang menggunakan bahan letupan, ‘molotov cocktail’ awal pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan kebakaran yang turut memusnahkan tiga kenderaan miliknya.

Menerusi laman Facebook, beliau berkata, kebakaran dapat dibendung dan tiada kecederaan membabitkan beliau dan ahli keluarganya.

Ngeh memaklumkan akan mengadakan sidang media di Pusat Khidmat Ayer Tawar berkenaan insiden terbabit, jam 12.30 tengah hari ini. Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Penguasa Kanan Bomba Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 3.05 pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here