2 penunggang motosikal maut – Pandu lawan arus

Nibong Tebal, Feb 16.
Kecuaian seorang lelaki menunggang motosikal melawan arus menyebabkan dia dan seorang lagi penunggang maut selepas kedua-dua kenderaan bertembung di Jalan Besar, Sungai Jawi, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, mangsa, G. Ramachandran, 57, yang menunggang motosikal SYM BX110 dan Mohammad Asraf Denial Mohd Mokhtar, 22, yang menunggang motosikal Yamaha Y15Zr meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar, berkata hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian penunggang motosikal SYM BX110 yang menunggang secara melawan arus.

“Motosikal itu yang datang dari arah Nibong Tebal melawan arus untuk masuk ke Taman Jawi Jaya sebelum dilanggar dari depan iaitu arah Sungai Bakap oleh Yamaha Y15Zr.”Impak daripada pertembungan itu menyebabkan kedua-dua penunggang mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here