PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak agar sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International disemak.
Ini bermakna bekas perdana menteri itu akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahunnya, tetapi beliau mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.
Panel lima hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli mendengar hujah daripada kedua-dua pasukan pembelaan Najib dan pihak pendakwaan selama enam hari antara 19 Jan dan 28 Feb.
Pada 28 Julai 2020, Najib disabitkan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung dengan SRC berjumlah RM42 juta. Rayuannya kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.
Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos tahun lepas, sejurus selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.