4,000 Murid Golongan Sasar Nikmati Program Penambahbaikan RMT

PUCHONG –
Seramai 4,000 murid miskin dan miskin tegar di 100 sekolah rendah di seluruh negara mendapat manfaat daripada Program Penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (PPRMT), yang dilaksanakan mulai hari ini.
Program itu adalah penambahbaikan kepada RMT yang diperkenalkan di sekolah rendah di seluruh negara sejak 1979.Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim berkata dengan lebih 20 menu berkhasiat berkonsepkan Grab ‘n’ Go yang disediakan pihak kantin sekolah, murid daripada golongan sasar dapat menikmati hidangan berkenaan sebelum bermula sesi pembelajaran di dalam kelas.

“Masa pelaksanaan program ini adalah 7 hingga 7.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi manakala 12.30 tengah hari hingga 2 petang bagi murid persekolahan sesi petang.

“Sebelum ini menerusi RMT, murid diberi makanan pada waktu rehat. Namun program penambahbaikan ini kita syorkan murid diberi sarapan agar apabila murid masuk kelas, mereka masuk dengan perut kenyang dan boleh fokus kepada sesi pembelajaran,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan kelancaran program berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Suria di sini hari ini.

Mengenai kriteria pemilihan murid yang layak menerima manfaat daripada program itu, Habibah berkata mereka yang layak dipilih berdasarkan maklumat murid yang diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here