Agong cari penyelesaian terbaik

“Pertama sekali, biar saya laksanakan tanggungjawab… saya harap kita akan dapatkan penyelesaian yang terbaik… itu sahaja…,” titah baginda semasa melayan para petugas media yang menunggu di Pintu 2 Istana Negara di sini hari ini. Al-Sultan Abdullah sendiri berkenan menyampaikan bungkusan makanan segera kepada para petugas media berkenaan.

Baginda seterusnya menyeru rakyat supaya bersabar dalam menghadapi perkembangan politik semasa negara.

“Kita amat ambil berat… bersabarlah,” titah baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here