Wanita hamil dibunuh, dibakar: Punca kematian akibat tikaman di dada

 Punca kematian wanita hamil yang mayatnya ditemui terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau di sini, Isnin lalu disahkan akibat luka tikaman di dada.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata keputusan itu diperolehi selepas pembedahan siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Sebab kematian mangsa adalah kerana luka tikaman di dada selain badan yang melecur katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Agus Salim berkata, mayat wanita berusia 21 tahun itu sudah dituntut keluarga dan reman terhadap suspek lelaki berusia 20 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pula akan berakhir 29 Mei.

Terdahulu, jenazah wanita yang selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh dibawa dengan kenderaan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dan tiba di Surau Ulumuddin, Kampung Nelayan, jam 7.23 malam.

Media melaporkan motif pembunuhan wanita malang itu dipercayai kerana mahu merahsiakan kehamilan empat bulan akibat terlanjur. Pasangan itu dipercayai menjalin hubungan selama setahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here