Pegawai JPJ tidak perlu dalam kenderaan lagi

Kajang, Mac.
Kementerian Pengangkutan melancarkan projek perintis sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘eTesting’ hari ini yang membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera serta keputusan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian.

“Bagi penggunaan sistem terbabit, institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100, namun calon memilih menggunakan pengujian secara eTesting akan menerima beberapa manfaat antaranya boleh menjalani percubaan kali kedua bagi elemen ujian yang gagal pada hari sama tanpa kos tambahan. Calon ujian juga akan diberikan keutamaan dalam senarai tempahan ujian selain mendapat rebat RM10 bagi pengeluaran lesen percubaan.

“Bagaimanapun, buat permulaan calon diberi pilihan untuk menjalani ujian manual atau eTesting,” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja pelaksanaan inisiatif eTesting di Institut Memandu Surfine Hitech, Hulu Langat di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here