3 maut, 5 cedera dalam kemalangan di Bukit Gambir

Tangkak: Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sengkang Teratai, Kampung Melepang Gantian, Bukit Gambir, di sini, hari ini

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Shukor, berkata, panggilan kecemasan diterima melalui talian MERS 999 pada 3.42 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dengan kekuatan enam anggota dihantar ke lokasi. Kemalangan membabitkan kereta Toyota Corrola Altis dan Toyota Hilux.

Terdapat beberapa mangsa yang mana tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi manakala lima lagi mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital berhampiran katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here