Covid 19 – Indonesia catat lebih 22,000 kes positif

Indonesia mencatatkan 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 1,372 orang.

Jurucakap kerajaan Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kes positif meningkat kepada 22,271 kes iaitu tambahan 526 kes baharu.

“Ketika ini seramai 11,389 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya pada sidang media harian mengenai Covid-19 yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Umat Islam di Indonesia hari ini meraikan Aidilfitri dalam suasana luar biasa bagi mengekang penularan pandemik Covid-19, dengan solat sunat Aidilfitri di masjid dilarang, tiada majlis rumah terbuka, balik kampung atau aktiviti saling berkunjung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here