Tempat Baru Untuk Upacara Kematian

Pasir Gudang:

Masalah tempat khas untuk ritual upacara kematian yang dihadapi oleh pengganut agama Hindu di sekitar Pasir Gudang, Johor akhirnya dapat diselesaikan. Masalah ketiadaan tempat khas untuk ritual upacara kematian  itu telah berlarutan  lebih 20 tahun yang lalu.

Tempat khas itu diberikan disebuah bahagian di Kampung Teluk Jawa. Exco Negeri Johor bagi pelancongan dan budaya K. Ravinkumar, Pengerusi Yayasan Sultanah Rohaya Datuk Sugumaran, ketua ketua MIC bahagian Pasir Gudang, hadir bersama untuk melihat kawasan tersebut.

Ravin berkata perjalanan melalui pengangkutan dari Johor Baharu ke tempat yang dikhaskan itu hanyalah  25 minit sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here