Beras Import Naik Harga

Hanya beras import dari luar negara sahaja akan dinaikkan harga pada ketika ini. Harga beras putih import meningkat 36 peratus. Harga beras imprt dinaikan daripada RM2,350 kepada RM3,200 satu tan metrik berkuat kuasa pada Jumaat.

Padiberas Nasional Bhd (Bernas) berkata, harga baharu itu meningkat sebanyak RM850 satu tan metrik atau 85 sen sekilogram. Ia selaras dengan harga global semasa.

Faktor tidak dapat diramalkan seperti perubahan iklim, kadar pertukaran mata wang asing semakin lemah, kos operasi tinggi, konflik serantau dan sebagainya menjadi faktor utama dalam hal kenaikan harga besar ini.

“Faktor-faktor ini secara kolektif meninggalkan kesan ketara dalam pasaran dagangan beras global dan kemudiannya ditambah lagi dengan larangan eksport beras putih yang diumumkan oleh India.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan semasa yang tidak menentu dan selepas mempertimbangkan keperluan untuk memastikan operasi perniagaan yang mampan dan kestabilan industri, pelarasan harga adalah perlu dan tidak dapat dielakkan buat masa ini, kata Bernas dalam satu kenyataan pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here