Pusat Geriatrik bina sistem kesihatan mesra warga emas

Kuala Lumpur, Sep 12
Penubuhan Pusat Geriatrik amat penting dalam membina sistem kesihatan berkualiti yang mesra warga emas.

Pensyarah Perubatan Psikiatri, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Dr A’isyah Che Rahimi berkata, isu terbesar bagi sesebuah negara menua adalah fasiliti yang menyokong keperluan penjagaan kesihatan yang holistik kepada warga tua merangkumi kesihatan fizikal, mental, sosial dan spiritual.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan inisiatif untuk meningkatkan bilangan jururawat khusus dalam gerontologi. Jadi, penubuhan pusat geriatrik ini menunjukkan kerajaan serius untuk membina sistem kesihatan yang mesra terhadap warga tua.

Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penduduk Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk negara pada 2030. Untuk itu Malaysia perlu bersedia dalam pelbagai aspek perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.

Menurut beliau Malaysia telah beralih ke status negara menua pada 2021 apabila peratusan penduduk berusia 65 tahun dan ke atas mencapai tujuh peratus daripada jumlah populasi serta dijangka beralih ke status negara tua dalam tempoh dua dekad lagi, apabila kohort umur yang sama mencapai 14 peratus daripada jumlah populasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here