Penganggur didakwa bunuh pemilik rumah sewanya

Selayang, Dis 06.
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan membunuh wanita warga emas yang juga pemilik rumah sewanya, dua minggu lalu.Mohamad Amirul Arshad Zainudin, 22, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Chai Guan Hock.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Amirul Arshad didakwa membunuh Hong Kee Ing, 70, di parkir kereta di Jalan E4/1, Taman Ehsan, dekat Gombak, antara jam 8.30 malam 22 November hingga jam 9.50 malam 23 November.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here