SuperStar Rajinikanth kunjungi Anwar

Kuala Lumpur, Sep 12
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam menerima kunjungan pelakon terkemuka India, Superstar Rajinikanth.

Menerusi perkongsian di Facebook Anwar, pertemuan dengan Rajinikanth itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Anwar berkata, beliau menghargai penghormatan yang diberikan oleh Rajinikanth terhadap perjuangannya, terutama berkaitan isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak, kata Anwar.

Rajnikanth mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1973 dan antara filem lakonan beliau ialah ‘Sivaji: The Boss’ dan baru – baru ini filem yang berjudul ‘TRAILER’ dibintangi oleh Rajinikanth mencipta rekod baru dalam dunia penghiburan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here