Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Speaker

Kuala Lumpur, Sep 13
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata semua ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan.
Beliau berkata, ia susulan saranan yang dibuat kepada Kementerian Kesihatan supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.
Sehubungan itu, surat pelaksanaan pemeriksaan kesihatan kepada Ahli Yang Berhormat telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat semalam, 12 Sept 2023,” katanya dalam pemakluman semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here