GST dilaksanakan semula

Kuala Lumpur, Sep 13
Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS – Sri Aman) mencadangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula.
Meskipun GST dihapuskan pada 1 Jun 2018 namun ada beberapa pihak masih mencadangkan perkhidmatan itu kena dilaksanakan semula.
Cadangan sama turut disuarakan ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Rabu.
“Saya amat setuju sekiranya GST yang pernah satu ketika dulu jadi kontroversi diperkenalkan semula supaya dapat meluaskan lagi asas pendapatan negara. GST terbukti berkesan kerana kesemua 175 negara yang telah melaksanakan GST ini, tiada satu pun yang berpatah balik kecuali Malaysia pada satu ketika dahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here