Stadium Shah Alam roboh sepenuhnya pertengahan 2025

Shah Alam, Feb 7.
Proses perobohan Stadium Shah Alam akan dimulakan dengan pemasangan dinding adang, diikuti proses merungkai struktur sedia ada yang dijangka mengambil tempoh sehingga pertengahan tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam kenyataan memaklumkan, beliau menekankan kepada pihak terlibat bahawa pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati semua piawaian kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Projek itu turut menjadi model yang mengguna pakai kaedah terbaik dalam pembangunan infrastruktur, terutamanya dalam skala sebegini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here