Anwar Tiba di Singapura

Singapura, Sep 13
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura, hari ini untuk lawatan kerja sehari.yang padat.

Kementerian Luar Singapura hari ini memaklumkan Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong dan isterinya akan menjadi hos kepada Anwar dan Dr Wan Azizah pada majlis minum petang.

Pesawat membawa Perdana Menteri yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada jam 10.30 pagi. Ketibaan beliau disambut Menteri Luar republik itu Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di Singapura untuk menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute. Malaysia dan Singapura bersetuju mengadakan rundingan lebih terperinci terhadap langkah republik itu menambak kawasan sekitar Batu Puteh dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Turut dibincangkan ialah isu bekalan air, kesesakan Tambak Johor dan penggunaan ruang udara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here