Hong Kong, Sep 16.
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong.
Pasangan di ranking ke-10 dunia itu menewaskan beregu dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dalam aksi straight set 21-13, 21-18 di Hong Kong Coliseum pada Sabtu.
Ia bakal menjadi aksi final kedua tahun ini buat beregu nombor satu negara itu selepas muncul naib juara pada Masters Malaysia pada Mei lalu.
Mereka akan menentang sama ada wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti atau pasangan di ranking ke-20 dunia, Maiken Fruergaard-Sara Thygesen dalam aksi final pada Ahad.





















