Simpan PATI Dalam Hotel Bajet

Kota Bahru, Sep 16
Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan hotel bajet di sini, sebagai rumah transit digempur. Kegiatan itu terbongkar pada Rabu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, Op Gelombang V pada jam 10.20 pagi yang dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya dan Kelantan itu berjaya menahan 51 PATI termasuk enam wanita serta empat kanak-kanak.

Menurutnya, PATI terdiri daripada 43 warga India, Pakistan (2) dan Thailand (6) yang kesemuanya berusia lingkungan dua hingga 60 tahun.Turut menahan ahli sindiket iaitu lima lelaki tempatan yang berperanan sebagai pemilik hotel bajet, penjaga premis dan transporter berusia lingkungan 23 hingga 57 tahun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket mengenakan bayaran antara RM8,000 hingga RM10,000 bagi setiap seorang PATI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here