Anak ketua polis daerah maut tertembak pistol bapa sendiri

Kµala Lumpur, Apr.
Anak perempuan seorang ketua polis daerah di negeri ini, maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Lahad Datu, hari ini.

Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada jam 12.42 tengah hari.

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah.

Pistol miliknya dikatakan, tertinggal di rumah dan mangsa dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here