Hubungan dua hala dengan Iran – Malaysia akan diperkukuhkan – PM Anwar

Kuala Lumpur, Sep 21
Malaysia akan memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran dalam pelbagai bidang demi manfaat kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata demikian dalam pertemuan bersama Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi di New York yang dikongsi menerusi catatan di Facebook hari ini.

Dalam pertemuan ini, saya nyatakan hasrat Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu, katanya.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu Malaysia turut mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Ekonomi antara kedua-dua negara bagi menghalusi semua potensi skop kerjasama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here