Minat miliki hartanah tinggi

Kuala Lumpur, Sep 21.

Minat dalam pembelian hartanah kekal tinggi di Malaysia walaupun pengguna berdepan isu kos sara hidup yang tinggi, kekangan kewangan dan kemampuan, kata PropertyGuru Malaysia.
Dalam Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2023, Pengurus Negara Sheldon Fernandez berkata, kira-kira 50 peratus daripada tinjauan, terutamanya demografi golongan muda dan pendapatan rendah, bergantung kepada sokongan kerajaan untuk membeli rumah.

Selain itu, 46 peratus daripada responden berkata mereka berdepan cabaran yang berterusan bagi mendapatkan pembiayaan untuk skim perumahan mampu milik,Fernandez berkata, adalah penting untuk merancang dan melaksanakan inisiatif perumahan mampu milik secara strategik bagi menyesuaikan dengan gaya hidup terkini, terutamanya di kawasan bandar berikutan terdapat peningkatan kebimbangan mengenai keadaan persekitaran kehidupan yang mampan.

Beliau juga berkata, responden bersedia untuk berkompromi dengan kemudahan tertentu bagi mendapatkan lebih banyak rumah mampu milik untuk memenuhi harapan kediaman impian mereka. Beliau berkata, responden, terutamanya individu yang lebih tua dan penyewa, tidak kisah jika melepaskan kemudahan sepert gimnasium (49 peratus), taman permainan (46 peratus), trek joging/kawasan rekreasi (45 peratus) dan balkoni (43 peratus) jika ia menjadikan rumah tersebut lebih murah namun mereka tidak akan berkompromi terhadap kawasan meletak kenderaan, ruang dapur dan bilik mandi kedua.Perubahan ini menunjukkan perubahan pilihan pengguna yang mengutamakan ruang yang lebih praktikal dan menjimatkan kos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here