Sepang, Sep 21.
Beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula kira-kira 1 tengah hari, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya menerima laporan kesesakan lalu lintas di tiga lokasi iaitu persimpangan lampu isyarat Kota Warisan-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jalan Jenderam-Salak Tinggi dan Jalan Sungai Merab-Bangi kira-kira 4 petang.
Hasil pemantauan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang mendapati banjir kilat menjadi punca kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan, banjir kilat pun surut bila hujan berhenti.Tiada jalan yang putus. Jalan-jalan berkenaan sudah boleh dilalui kenderaan dan aliran trafik telah pulih. Cuma kenderaan agak banyak kerana waktu orang balik kerja, katanya ketika dihubungi, sambil menambah anggota polis telah berada di kawasan terjejas untuk mengawal lalu lintas.





















