Peminta sedekah warga Myanmar ditahan

Shah Alam, Okt 6.
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan ketika meminta sedekah di lampu isyarat Jalan Subang – Batu Tiga di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menahan lelaki warga emas tersebut yang meminta sedekah dari kereta ke kereta yang lain pada jam 10 pagi.

Peminta sedekah berusia 72 tahun itu cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan.Semakan mendapati lelaki itu pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya.
Wang tunai berjumlah RM185 turut dirampas darinya, yang dipercayai hasil daripada aktiviti meminta sedekah tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here