Jangan ganggu gajah liar! Polis beri amaran

Kluang, Sep 30.
Polis megingatkan, jangan menganggu gajah liar yang berkeliaran. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan tidak menerima laporan berhubung kemunculan sekumpulan gajah liar di Kahang Barat, di sini, Khamis lalu.

Beliau menasihatkan jangan ganggu gajah gajah dengan merapati dan berhenti di tepi jalan semata-mata untuk merakam video atau gambar. Dia berkata tindakan sebegitu boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada mereka. Beliau mengingatkan sebegitu semsa menghuraikan tentang ebuah video berdurasi 19 saat yang dimuat di aplikasi Tik Tok oleh seorang individu menjadi viral.

Ini kerana perbuatan seperti itu boleh mendedahkan orang ramai kepada bahaya, sama ada terhadap nyawa diri sendiri dan keluarga.

Dalam soal ini, keselamatan nyawa perlu sentiasa diutamakan, katanya. Bahrin berkata demikian bagi mengulas video di aplikasi tik tok yang dipercayai dirakam di Kahang Barat memaparkan beberapa kenderaan berhenti di tepi jalan bagi merakam pergerakan sekumpulan gajah di situ.

Ia berikutan perakam video berkenaan yang turut memuat naik kapsyen ‘6.30 petang baru sampai skali dah ramai daa pengunjung safari Kahang Barat’
Turut dimuat naik adalah mengenai kapsyen seekor gajah yang dikatakan berada hampir dengan lokasi perakam video berkenaan ‘yang ni paling dekat dengan kite.’ – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here