Mayat pelancong India hilang daki gunung di Cameron Highlands dibawa turun dengan helikopter

Cameron Highlands, Oct 2.
Mayat pendaki warga India yang hilang sejak 22 Sept lepas di Gunung Jasar berjaya dibawa turun 11.20 pagi tadi, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Yahaya berkata mayat Nandan Suresh Nadkarni, 44, dibawa turun menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara Ipoh selepas operasi membawa turun mayat semalam gagal disebabkan faktor muka bumi.

Mayat mangsa ditemukan pada sekitar 3.40 petang semalam di satu anak sungai berhampiran Pos Atap dan jaraknya lebih kurang enam kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian, di kaki Gunung Jasar. Hasil siasatan polis mendapati ketika mangsa turun dari puncak Gunung Jasar, beliau telah tersasar daripada laluan asal menyebabkan sesat jauh ke dalam hutan dan melepasi sempadan negeri Perak, katanya dalam sidang media .

Terdahulu, Nandan Suresh dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Cameron Highlands, sejak seminggu lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here