George Town, Apr.
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah diluluskan di peringkat jawatankuasa untuk pelbagai program bagi memastikan transformasi sosioekonomi masyarakat India.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA P. Prabakaran menjelaskan peruntukan itu baru sahaja diluluskan dan perlu menjalani proses yang panjang sebelum diagihkan untuk manfaat kaum India.
Kita bercadang untuk memanfaatkan dana itu bagi bantuan subsidi pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, bantuan kepada pesakit menjalani dialisis serta bantuan untuk murid di tadika swasta yang melibatkan masyarakat India, katanya menurut Bernama. Beliau berkata bakiperuntukan MITRA akan digunakan bagi beberapa program lain termasuk dana pendidikan, sijil profesional, bantuan kepada golongan di ladang dan penduduk kampung.




















