Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai dan Seremban catat bacaan IPU tidak sihat

Kuala Lumpur, Okt 3.
Lima tempat di Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai dan Seremban mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan bacaan melebihi 101 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini terbaru di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia , APIMS setakat jam 9 pagi, bacaan IPU di Nilai, Negeri Sembilan ialah 156, diikuti di Cheras 154, dan Seremban 142 manakala dua lagi stesen iaitu di Banting, Selangor dan Petaling Jaya, pula masing-masing merekodkan bacaan 119 dan 109.

Sementara itu, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here