9,380 kes Covid, 13.045 pesakit disembuhkan

Kementerian Kesihatan melaporkan 9,380 kes baharu Covid-19 dan 13,045 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu. Ini menjadikan 2,144,681 daripada 2,303,837 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 851 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 800 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 51 kes disyaki dijangkiti virus itu.

Katanya, 447 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 348 daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 99 orang masih dalam siasatan. Beliau berkata, 181 kes atau 1.9% adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 9,199 atau 98.1% lagi dalam Kategori 1 dan 2. Katanya, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,503 kes.

Ia diikuti Kelantan (1,170), Selangor (1,116), Johor (1,105), Sabah (790), Terengganu (704), Perak (629), Pulau Pinang (623), Kedah (556), Pahang (511), Kuala Lumpur (214), Melaka (200), Negeri Sembilan (191), Perlis (42), Putrajaya (18) dan Labuan (lapan). Daripada jumlah kes baharu hari ini, 13 ialah kes import dan baki 9,367 kes penularan tempatan membabitkan 8,755 warganegara serta 612 warga asing. Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.87 setakat semalam.

Perlis mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.03, disusuli Melaka (1.00), Putrajaya (0.99), Negeri Sembilan (0.97), Pahang (0.97), Terengganu (0.96), Kelantan (0.96), Kedah (0.88), Perak (0.87), Selangor (0.87), Johor (0.85), Sarawak (0.84), Sabah (0.84), Kuala Lumpur (0.84) dan Pulau Pinang (0.83).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here