Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital

Kuala Lumpur, OKT 4
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan, beliau kembali
bertugas di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya.
Dalam catatan di akaun Facebook peribadinya pada Selasa, Dr Noor Hisham berkata, beliau akan memberikan khidmatnya di blilik pembedahan pada setiap hari Isnin.
Sementara, pada setiap hari Selasa pula, beliau akan memberikan konsultansi di klinik.
“Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa”,kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here