Perodua D66B, Proton S50 bakal jadi tumpuan

Kuala Lumpur, Okt 4.
Proton dijangka akan memperkenalkan Model Perodua D66B, Proton S50 serba baharu dan smart, iaitu model kenderaan elektrik bateri (BEV) ke pasaran tempatan dalam tempoh yang terdekat ini, demikian menurut Kenanga Investment Bank. Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata model-model PERODUA dan PROTON terus mendapat sambutan, dengan harga yang kompetitif berbanding dengan jenama-jenama bukan nasional.

“Mereka juga menawarkan ciri-ciri teknologi yang dipertingkatkan seperti speedometer digital, enjin cekap bahan api dan kotak gear responsif tinggi serta ciri-ciri keselamatan seperti bantuan brek automatik dan empat hingga enam beg udara,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Beliau berkata, PERODUA terus mendahului dalam perlumbaan model baharu dengan pelancaran Perodua Axia serba baharu tahun ini dengan antara ciri yang dipertingkatkan seperti meter kelajuan digital dan bantuan brek kecemasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here