Hakim tarik diri dengar rayuan Najib

Putrajaya, Okt 4.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azizah Nawawi, hari ini menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan kes samannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berhubung dakwaan salah guna jawatan awam.

Pada awal prosiding, Azizah yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bersidang bersama-sama Datuk See Mee Chun dan Datuk Lim Chong Fong, mendedahkan suaminya, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman yang kini sudah bersara, pernah berkhidmat di bawah Tommy di Jabatan Peguam Negara.

Peguam Najib, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, kemudian memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan arahan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu susulan pendedahan berkenaan.

Selepas mahkamah bersidang semula kira-kira 10 minit kemudian, Firoz Hussein memaklumkan kepada mahkamah bahawa arahan daripada anak guam ialah supaya Azizah menarik diri daripada panel berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here