Pukul orang di tepi jalan: Lelaku dipenjara, denda

Klang, Okt 5.
Seorang pekerja bengkel dipenjara dua bulan serta denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memukul seorang lelaki di tepi jalan, hadapan lampu isyarat Jalan Langat – Klang, Ahad lalu.

Tertuduh, Mohd Faizul Nazri, 39, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Mohd Faizul diarah menjalani hukuman penjara berkenaan daripada tarikh dia ditangkap.

Dia turut diarah menjalani hukuman penjara tambahan dua bulan sekiranya gagal membayar denda.Siti Zubaidah dalam penghakimannya berharap tertuduh mengambil iktibar dengan kejadian itu selain mengingatkan tertuduh tidak mengikut perasaan serta menunjuk hebat di jalan raya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Faizul dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun yang patah dan retak tulang rahang.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan, hadapan lampu isyarat Jalan Langat – Klang menghala ke Klang pada jam 7.15 petang, Ahad lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here