REMAJA DIPERCAYAI LEMAS SEMASA CUBA MENYELAMATKAN RAKAN DI EMPANGAN

Kuala Kubu Bahru, Sept 18-

Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang tergelincir dan terjatuh dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu, petang tadi.

Hamzah Ilya Azman, 19, dikatakan nekad terjun ke dalam empangan itu semata-mata mahu menyelamatkan rakannya, namun gagal mengapungkan diri.

Rakannya, Ahmad Nabil Yassin Abdul Rashih, 20, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata dalam kejadian pada 3.54 petang, mangsa dipercayai lemas selepas tidak timbul ke permukaan, selepas terjun ke dalam empangan itu.

“Gerakan mencari dan menyelamat sedang dilakukan pihak bomba bagi mengesan seorang mangsa itu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, bomba bersama tujuh anggota dikejarkan dan tiba di lokasi kejadian pada 4.15 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here