Jerebu tambah buruk di 11 kawasan

Kuala Lumpur, Okt 9.
Keadaan jerebu di beberapa kawasan di semenanjung kembali buruk.
Setakat jam 6 pagi, 11 kawasan yang tertumpu di kawasan Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

Setakat jam 6 pagi Isnin, Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 157. Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar, turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah di Cheras (156) Shah Alam dan Bukit Rambai, Melaka dan Nilai, Negeri Sembilan masing masing bacaan (153).

Begitu juga di Putrajaya, Petaling Jaya dan Batu Muda, Kuala Lumpur turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu pada paras 102. Lain-lain kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Johan Setia, Klang di Selangor dan Batu Pahat, Johor.
Sementara itu 53 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala 4 stesen sahaja mencatatkan bacaan IPU yang baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here