Shah Rukh Khan teruja di Malaysia

Kuala Lumpur, Nov-
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara malam tadi.

Shah Rukh Khan yang menjadi tetamu istimewa pada pembukaan syarikat berpusat di Dubai itu turut melahirkan keterujaannya dapat kembali ke Malaysia selepas sekian lama.

“Saya pernah ke sini beberapa tahun lepas dan hari ini kembali semula ke sini untuk melihat dua negara yang saya boleh anggap sebagai rakan iaitu UAE (Emiriah Arab Bersatu) dan Malaysia menjalinkan kerjasama.

“Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE. Terima kasih kerana sama-sama hadir dan saya amat gembira serta terharu dapat bertemu anda semua di sini,” katanya pada majlis yang berlangsung di The Exchange 106 malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here