Wira tak didendang, Apatah lagi dipandang

Pihak polis kontinjen selangor mengesahkan pada 7/10/2023 terima berita dukacita mengenai seorang pegawai kanan polis daripada bahagian siasatan jenayah narkotik ibu pejabat polis daerah Klang Selatan iaitu inspektor Mohammad Azrin Bin Yazid berumur 32 tahun. Pegawai ini, telah terjatuh semasa menjalankan tangkapan ke atas seorang suspek berkait Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Bertindak atas maklumat dadah, sewaktu kejadian pada 07/10/2023 jam lebih kurang 5.30 petang, Insp Mohammad Azrin mengetuai sepasukan anggota daripada bahagian siasatan jenayah narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, telah pergi ke kedai andalas tepi Jalan Sri Sarawak 14, Taman Sri Andalas, Klang. Sampai Sahaja di lokasi, dapati pagar dan pintu rumah tersebut bertutup. Pegawai kanan ini memanjat hall ke bumbung depan atas rumah tingkat tiga, dan dapati suspek berlari ke bumbung rumah sebelah. Semasa hendak turun dapati paip yang dipegang patah lalu menyebabkan pegawai kanan ini terjatuh dari tingkat empat ke tingkat dua pada ketinggian 20 kaki. Namun insp Mohammad Azrin terus berlari mengejar saspek ke alamat kedai andalas tersebut dan telah tahan suspek di koridor kedai tersebut.

Pemeriksaan terhadap saspek oleh insp Mohammad Azrin telah menjumpai (1) beg silang kecil berzip pada badan saspek mendapati didalamnya terdapat (2) paket plastik lutsinar berisi bahan bahan disyaki dadah jenis Syabu (ab: 104.10) Gram.

Sejurus itu, tiba-tiba Insp Mohammad Azrin berasa sakit pada bahagian badan dan membuat pemeriksaan ke atas dirinya dan mendapati kaki, tangan dan lehernya sakit, insp mohammad azrin telah di bawa ke klinik azizan untuk pemeriksaan lanjut dan di rujuk ke hospital pantai klang. Jam lebih kurang 12.01 tengah malam pada 08/10/2023 insp mohammad azrin telah ditahan di unit kecemasan pantai hospital klang. Pembedahan pada kaki Insp Mohammad Azrin telah selesai dijalankan dan berada dalam keadaan stabil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here