Kuala Terengganu, Okt 11.
Membakar naskhah al-Quran dan sejadah pada empat bulan lalu berbalas apabila seorang pengutip barang terpakai dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Mohd. Kamal, 33, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kerosakan harta milik sebuah masjid iaitu empat naskah al-Quran dan tiga helai sejadah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan bersebelahan sebuah pusat hemodialisis di Kampung Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus pada pukul 10.30 pagi, 12 Jun lalu.




















