Seremban, Sep-
Seorang pembantu penjaga kanak-kanak di sebuah pusat jagaan didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan melakukan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun, Ogos lalu.
Tertuduh, Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud, 19, yang akan mencapai usia 20 tahun pada 22 September ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin dan Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut empat pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun telah menganiayai mereka dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.
Kesalahan itu dilakukan sekitar bulan Ogos di sebuah pusat jagaan di Taman Merbok Ria di Rasah, Seremban.