Pahang, Terengganu alami hujan lebat bulan depan

Kuala Lumpur, Okt 11.
Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat bermula November sehingga Disember ini, susulan fenomena Monsun Timur Laut.

Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Ambun Dindang, berkata menjelang Disember sehingga Januari 2024 pula, Johor dan Sarawak dijangka mengalami hujan lebat.

Pada penghujung monsun, Sabah dijangkakan mengalami taburan hujan yang kurang bermula November sehingga Januari. Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu dijangka akan kurang menerima hujan bermula Februari sehingga Mac 2024. Cuaca kering dijangka bermula pada Mac hadapan berpotensi menyebabkan gelombang haba.

Sekiranya luruan monsun adalah kuat atau wujud sistem cuaca tekanan rendah di rantau negara, hujan monsun adalah menyeluruh dan musim lembap akan berpanjangan. Hujan lembap berterusan berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan rendah dan kerap banjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here