8.8 tan sampah, kitar 250kg sisa di Lorong TAR

Kuala Lumpur, Apr- Sebanyak 8.8 tan sampah di Lorong Tuanku Abdul Rahman (Lorong TAR) di sini, dibersihkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari terakhir Bazar Aidilfitri.

Pada masa sama, DBKL turut mengitar semula 250 kilogram (kg) sisa sampah dari kawasan berkenaan.

Menurut DBKL, operasi pembersihan intensif itu dijalankan bagi memastikan kawasan itu kekal bersih selepas tamatnya aktiviti perniagaan di bazar yang menjadi tumpuan ribuan pengunjung sepanjang Ramadan.

“Operasi ini membabitkan pasukan pembersihan DBKL dengan kerjasama Alam Flora Sdn Bhd, yang bertindak pantas membersihkan kawasan sebaik saja bazar ditutup.

“Fokus utama adalah memastikan longkang, laluan pejalan kaki dan kawasan sekitarnya bebas daripada sisa sampah dan kekotoran.

“Sebanyak 250 g sampah dikitar semula, terdiri daripada plastik, kertas dan aluminium yang dipungut dan dihantar ke pusat kitar semula untuk diproses,” kata DBKL dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here