Ketinggian 18 Hingga 25 Meter, “Forest Skywalk” FRIM Di Taman Botani Kepong Dibuka Bermula 31 Ogos Ini

Berikutan pandemik COVID-19, ada baiknya kita melancong di dalam negara bagi membantu menjana semula ekonomi negara.

Sebenarnya terdapat banyak lokasi menarik di Malaysia yang boleh kita terokai. Daripada pulau-pulau indah seperti Pulau Rawa, Pulau Perhentian dan Pulau Redang, kita juga mempunyai hutan yang cantik.

Berita gembira, mulai 31 Ogos ini, anda boleh menikmati kecantikan hutan buatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Taman Botani Kepong (KBG) di Forest Skywalk atau turut dikenali sebagai Jejantas Rimba.

Berukuran 15-80 meter tinggi serta 250m panjang, jejantas ini dibina menggunakan bahan aluminium serta guy wire.

Dari atas jejantas berkenaan, anda boleh menikmati pemandangan indah KBG serta kawasan sekitar Kepong dan Kuala Lumpur.

Dari menara peninjauan pula, anda boleh menyaksikan pemandangan kawasan sejauh 30 kilometer termasuk Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here