Pelajar ditemui lemas di Pantai Mutiara

Melaka, Okt 14.
Seorang pelajar tingkatan empat ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Mutiara Kem Terendak, Sungai Udang, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 6.30 petang.
Mangsa ditemui kira-kira 50 meter daripada pantai oleh pasukan skuba komando, katanya. Christopher berkata, jenazah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

Christopher Patit berkata, sebelum kejadian, mangsa, Faris Darwisy Mohd. Faizal, 16, tiba di pantai itu pada pukul 4.30 petang hari ini bersama 13 rakan sekolahnya untuk meraikan hari terakhir dua guru pelatih yang mengajar di sekolah mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here