424,000 kanak-kanak negara ini alami isu kesihatan mental

Segamat, Okt 14.
Seramai 424,000 orang kanak-kanak di negara ini dikesan mengalami isu kesihatan mentalsepanjang tahun lalu.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, angka itu berdasarkan laporan National Health and Morbidity Survey yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Trend ini dilihat semakin meningkat selepas pasca Covid-19.

KKM memang meneliti dan mengambil berat perkara ini selain melakukan beberapa intervensi serta kerjasama dengan agensi lain khususnya berkaitan kanak-kanak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia .

Kementerian juga ambil pendekatan turun padang dan memberi pendedahan mengenai kesihatan mental ini dan bagaimana pentingnya masyarakat perlu mengambil perhatian serta bekerjasama membantu mengatasi masalah itu, katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Karnival Segamat Sihat sempena Hari Sukan Negara, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Kesedaran Kanser Peringkat Daerah Segamat di Dataran Segamat di sini, hari ini.

Dr Zaliha berkata, antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak mengalami isu kesihatan mental adalah disebabkan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau penjaga.

Pelbagai permasalahan kita diberitahu khususnya kanak-kanak yang duduk dalam keluarga B40 dengan ibu bapa terpaksa keluar bekerja, mereka ditinggalkan di rumah.

Terdapat juga faktor daripada sudut ke arah remaja seperti masalah perhubungan dan sebagainya,katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here