3,245 kes baharu COVID-19 hari ini

Sebanyak 3,245 kes baharu COVID-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini. Jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding 2,362 kes jangkitan virus terbabit yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan terbaharu menjadikan sebanyak 2,813,934 kes jangkitan virus berkenaan dilaporkan di negara ini setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here