Rangka manusia atas bumbung bangunan di Sitiawan

Sitiawan, Okt 17.
Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan sebuah bank di Sitiawan semalam.

Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan penemuan itu pada 10.20 pagi. “Pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan pita pelekat berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Turut ditemukan di lokasi tersebut, cebisan baju kotor kemeja putih; sarung bantal biru; bungkusan plastik merah berisi disyaki tengkorak manusia setiap satu; dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Rangka tersebut dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat, menurut Mohamed Nordin.“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh,” tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.-Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here