Pengasas bersama syarikat penerbangan ditahan

Kuala Lumpur, Okt 18.
Polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan semalam bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 menurutnya.

“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya. Polis telah mendapat perintah reman selama empat hari  bermula Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here